Kembali mencuci 'sawang' di blog PAKSU

Hehe..

Itu reaksi pertama sebelum Admin PAKSU mengUpdate blog PAKSU yang telah lama bersarang,berkarat,dan sebagainya.

Keadaan ini berlaku kerana orang yang sepatutnya men
gurus blog ini,kurang mahir tentang blog.Manakala Pengerusi PAKSU sendiri 'sibuk' menguruskan 4 link blog yang perlu dijaganya.

InsyaAllah,di masa akan datang,blog PAKSU ini akan kembali beroperasi semula.Moga-moga pengunjung blog ini terus memberi sokongan kepada PAKSU selama-lamanya.

Jaulah Ulama' 2009



Program Jaulah Ulama' Anjuran Persatuan Kebajikan Siswa Utara Darul Quran (PAKSU DQ)
dengan kerjasama Pusat Khidmat Sosial (PAKSI) pada 7-9 oktober 2009..Seramai 26 siswa dan 22 siswi telah menyertai program ini dengan jayanya.
Antara Pondok Agama yang telah dilawat ialah :

Pondok padang serai
Pondok charok salangPondok pak teh
Pondok gajah teriak
serta :
Perkuburan Syuhada' Memali
Wisma Darulaman
Pekan Rabu


dan banyak lagi...

Antara ilmu-ilmu yang dapat dikongsi dalam kuliah Al-Fadhil Ustaz Zainol Asri ialah :


1-Perbanyakkan berkenalan dengan orang beriman

2-Tiada wirid yang lebih afdhal daripada membaca Al-Quran

3-Agenda utama kita ialah MATI SEBAGAI SYUHADA dan BBERJUANG DI JALAN ALLAH


ciri-ciri seseorang itu mati sebagai syuhada' ialah :


ketika mati,ia berpeluh

terlihat mukanya tersenyum,bahkan mukanya lebih elok berbanding semasa hidup

keluar air mata
Selamat Pulang Semua Ahli-Ahli PAKSU
Assalamu'alaikum..Kemunculan Blog PAKSU ,sangat-sangat mengharapkan agar semua ahli PAKSU dapat menambahkan ikatan ukhwah,bertukar-tukar pendapat serta mengetahui berita-berita terbaru setiap aktiviti yang berkaitan dengan ahli PAKSU sendiri.

Diharap agar semua dapat menggunakan wasilah ini dengan sebaiknya.InsyaAllah..

daripada :- PENGERUSI PAKSU 09/10 :)
BLOG PERSATUAN KEBAJIKAN SISWA UTARA DARUL QURAN DALAM PROSES DINAIKTARAFKAN.HARAP MAKLUM...
  • Jumlah Ziarah

    Laman Hiwar

    Siapa Kami ???

    Laman ini secara rasminya milik Persatuan Kebajikan Siswa Utara Darul Quran (PAKSU DQ). Ahli-ahli PAKSU adalah dikalangan siswa dan siswi Darul Quran dari negeri Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak serta Negara Thailand dan Negara Kemboja

    PERLIS

    KEDAH

    PULAU PINANG

    PERAK

    Ruangan Iklan

    Followers